Saturday 25 February 2012

Tahun Baru 2012- Cuti Bersalin Januari-mac..?

              Sekolah mula dibuka semula pada 4 Januari (Khamis) 2012..tetapi saya hanya sempat datang ke sekolah 3 hari sahaja. Hari Jumaat 6 Januari adalah tarikh jangkaan bersalin. Hari yang sama saya masih lagi mendapatkan jadual dan senarai nama murid Linus Tahun satu tahun 2011 untuk disenaraikan masuk ke kelas  Pemulihan.Jadinya banyak lah masa free. Kebetulan ada murid luka kerana bergaduh, biasalah budak2 tahun satu, guru yang bertugas masa tu Cg Rosilah dan Pn NorAini. Mereka membawa murid berkenaan ke klinik berhampiran.
               Saya menawarkan diri tuk menggantikan kelas Pn Noraini. Alamak tak sangka pulak ajar PJ. saya pulak kalau dah berada dalam kelas memang tak suka duduk walaupun dah sarat. Pantang bagi saya,,kalau mengajar saya suka berjalan-jalan dalam kelas terutama dikawasan belakang. Biasa mengajar kelas Pemulihan kan..saya tahu murid kelas biasa yang suka duduk dibelakang tu jenis yang suka sembang dan macam2 peel. Kelas 3 Harapan pulak jauh di puncak tingkat 3. Aduyaiiii haaa amik esoknya terus saya dimasukkan ke wad bersalin. Sekarang saya masih dalam cuti. Akan masuk semula bertugas pada 9. April 2012. Almaklumlah ini adalah zuriat terakhir jadi suami menyarankan supaya mengambil cuti 3 bulan. Walau hati tidak rela sebenarnya..mengenang nasib anak2 sinar..tapi apakan daya..saya perlu berkorban tuk keluarga saya.Saya juga lega Tahun satu tiada linus tegar..jadi bila kembali bertugas nanti saya dapat menumpukan perhatian kepada murid Tahun dua..masih ada 2 org tegar..saya akui saya masih hijau dalam pendidikan pemulihan..tetapi saya akan belajar dan mencari jalan supaya dua anak sinar ini akan dapat dipulihkan juga..insyaallah..saya takkan berputus asa..sebelum berpisah lupa nak berkongsi nama anak saya yang keempat ini..Namanya Rayyan Nur Iman
Rayyan Nur Iman di usia 7 hari

No comments:

Post a Comment