Wednesday 23 February 2011

OBSERVE YANG MENDEBARKAN HEHE

Semalam fasilinus dari PPD Kuala Selangor datang pantau linus kat sek. Aku yang mengajar pemulihan termasuk dalam senarai pemantauan sebab aku antara yang mengajar LINUS tahun dua.Pagi tu aku memang datang awal ke sekolah nak mengecat banner ngan kawan rumah merah.Ingat nak ajar tentang addition within 100 tanpa pengumpulan semula.Aku ni gunalah bahan maujud iaiitu straw sebagai pembilang.Untuk lebih memahamkan mereka tentang sa dan puluh.Nak tahu apa jadi.bila mereka ralit mengikat straw tu sepuluh-sepuluh mereka langsung tak dengar cakap aku.Asyik nak main je..aku geram..suruh diaorg letak straw kat tgh mata semua tgk aku jgn kedip hahhahah.Pas tu aku bagi penerangan kat depan..Tajuk ni dah dua hari tapi diaorg tak fhm cara nak tulis dlm bentuk lazim...tak ikut rumah sa dan puluh.Hanya enam je yang dapat tukar dengan betul..last-last kaedah guna talk and marker juga yang berkesan..bila bagi lembaran akhirnya aku puas hati semua buleh   buat..hari ni aku nak minta budak2 ni tulis dalam bentuk lazim..buleh tak..mereka ni salin slow..salah lak tu..tak sure ada masalah mata ke..memang nampak terbalik ker..aduyaiiii komen fasi..kawalan kelas okey..suara jelas..ansur maju okey..cuma tiada didik hibur.diaorang masih tak faham konsep lagi..tak leh la aku wat kerusi beracun ke..main ke..semua teguran itu akan saya perbaiki dari masa ke semasa almaklum masih baru.terima kasih fasi....

Tuesday 22 February 2011

hahaha tgk sini lah

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150090408562251&set=a.10150090398082251.272072.254879722250&theater

PERTANDINGAN TULISAN CANTIK DAN BACAAN LANCAR

Minggu ni aku sedikit bz maklum sek akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada  1 Mac ni. Perarakan disertai oleh 6 rumah sukan. Sebagai Ketua rumah Merah..aduhh pasti lah sibuk tuk arrange sana sini. Nasib baik Cikgu2 rumah merah sporting semuanya.Tak mengira penat..Terima kasih kerana memberi kerjasam yang terbaik tuk aku yang masih baru nih.

Ahha anak-anakku dikelas Potensi..minggu lepas kami adakan pertandingan tulisan cantik dan bacaan lancar. kira minggu inilah masa perhimpunan aku berikan hadiah kepada mereka. Terima kasih kepada Penolong Kanan Petang Puan Roskiah diatas penyampaian hadiah itu tadi. Semuga ini mmeberi inspirasi kepada yang lain untuk terus berjaya menguasai kemahiran bacaan. Tahniah Afrina,  dan Hafizi..anda berdua penawar cikgu tatkala diri ini buntu dengan yang lain..kenapalah yang lain lambat sangat...cikgu kena lebih kreatif dan cari pelbagai kaedah lagi..aku puas melihat mereka seronok membaca..ya Allah terima kasih..syukran..
sepatutnya tadi Afrina baca kat perhimpunan masa suntuk sangat jadi tak sempat...Tak pelah nak..lain kali ya..

Saturday 19 February 2011

Menulis terbalik 6 jadi 9 ..b tukar dengan d

Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun iaberkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak yang lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Bagaimana kanak2 mengamati?

Kanak2 menggunakan sebelah mata utk melihat selepas dilahirkan. Beberapa minggu kemudian barulah dia melihat menggunakan kedua belah mata, Pada usia dua bulan barulah bayi boleh fokus kpd objek dihadapan.Jika kita bergerak atau objek yang berwarna bergerak, maka pandangannya juga akan mengikut gerakan objek itu.Tetapi masa ini dia tidak faham dan tidak dapat tafsir apakah yang dilihatnya.

Lima bulan barulah dia sedar ttg keadaan benda yang dilihatnya. dia fahm benda itu boleh dipegang, warna, saiz corak semua berbeza.
Kebykn kanak2 kanak2 keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi.inilah perlunya kekautan pengamatan.

Ciri-ciri kanak2 bermasalah pengamatan
i-lambat mengkelaskan sesuatu benda mengikut jenis cth ikan lembu ayam-kumpulan haiwan
ii-kesukaran utk mengaitkan perkara yang diketahui kpd situasi baru
   cth jika belajar sudah belajar tentang huruf vokal dan bunyi a.e i ou..tetapi masih gagal jika ditanya ikan bermula dengan huruf apa...
iii-cepat lupa..memenag daya ingatan sgt lemah hanya boleh belajar sedikit shj perkara dlm satu hari..cth ab c d ulang sehingga satu hingga dua minggu
iv-cenderung terburu-buru-buat keputusan tanpa berfikir contoh bila disuruh eja buku digabung jadi kuku
   sesuka hati dia je nak gabung
v-lemah koordinasi mata tangan
   bila menyalin lambat kdgkala lain yang ditulis
iv-tidak boleh buat keputusan secara am

semua ini disebabkan dua Faktor utama
i-faktor internal
  a)minat dan kecenderungan sertaa perhatian kanak-kanak
  b)Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi kanak-kanak
  c) Kerosakan pendengaran dan penglihatan

ii-faktor Externel
  a) kurang pendedahan
  b) Kurang rangsangan

Di kelas potensi sinar daripada 15 murid pemulihan 8 darinya mengalami masalah pengamatan. mereka inilah yang dikatakan mengalami masalah disleksia tahap ringan.Menulis dan menyalin sekalipun soalan sahaja agak lambat.  Bgaimanapun saya yakin anak-anak ini hatinya amat terang dalam menerima ilmu.lambat dapat sebenarnya bukan kelemahan mereka tetapi adalah kekurangan fizikal dan mental..Semuga Tuhan terus berikan daku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk membimbing anak-anak ini..Insyaallah..

Kelas Pemulihan Khas SKPA 2

Salam perkenalan semua..baru berjinak dengan dunia blogger ini sebenarnya.Dulu pernah ada blog yang lebih bersifat peribadi. Malangnya dihambat kesuntukan masa dan pelbagai kekangan lain blog lama jarang diupdate.

Untuk makluman blog ini adalah luahan dan diari hidup saya bermula saya dipertanggungjawabkan sebagai Guru pemulihan Khas (GPK) di SK Puncak Alam  (2) Kuala Selangor. Saya meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh mentor saya Puan Marwiyah Mohd Nor. Beliau kini bertugas di Sk Puncak Alam 3 mulai januari 2011. Terima kasih yang tidak terhingga diatas jasa dan budi. Saya banyak belajar dari beliau teknik pengajaran pemulihan yang berkesan.Sejujurnya saya masih baru dalam dunia pendidikan.Masih terlalu hijau apatah lagi apabila memegang jawatan GPK adalah satu tanggungjawab yang berat.

Dari segi pengurusan kelas, pengurusan fail, kiosk-kiosk utama yang perlu dwujudkan, uissh sungguh banyak kerjayanya. Tetapi sudah menjadi pegangan diri saya PANTANG MENYERAH SEBELUM BERJUANG..apabila sudah diberi amanah dan kepercayaan..insyaallah saya tidak akan persiakan. Pemulihan Khas merupakan opsyen saya semasa menjalani Kursus perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) 2009 lalu di IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor. Kursus setahun itu terlalu pendek dan saya sendiri ketika menduduki exam akhir masih samar-samar. Kalau diikutkan belajar banyak subjek bukan semata ilmu pemulihan khas semata tetapi mencakupi agama, bahasa inggeris, PJ, tamadun islam dan banyak lagi, latihan amali cuma 3 bulan.Tetapi semua ini bukan alasan untuk tidak menjadikan diri kita yang terbaik. Kursus KPLI ke kursus DPLI ke Sarjana Muda Pendidikan ke semua tidak ada beza yang penting nawaitu kita sebagai guru. Kita nak jadi guru yang bagaimana itulah yang kita akan jadi.

       Syukur setelah setahun di SKPA 2 hati ni dah mula serasi dengan persekitaran dengan anak didikku. memang banyak duri tetapi alah bisa tegal biasa. Bergelut dengan anak2 yang masih kecil masih diawal persekolahan menjadikan  ishh kurang sabar dibuatnya. Lebih2 lg dengan pelbagai jawatan yang disandang tahun ni. Memang berpinarlah juga.Tetapi aku akan anggap semua ini sebagai cabaran..inilah yang menjadikan kita lebih berpengalaman dari orang lain. Terus terang aku tidak  pernah melobi sesiapa untuk memastikan aku bertahan disekolah ini. Tetapi aku sekali-kali tidak akan berpindah atau memohon untuk berpindah..kecuali atas arahan jabatan dan perkhidmatan.ataupun aku ditukarkan itu aku akan akur.

      Nampaknya dah melalut ke hal2 privasi la pulak..okeylah malam makin larut..sebenarnya blog ni adalah ruang untuk aku berkongsi suka duka sebagai guru pemulihan.Aku sendiri masih dalam proses belajar. harap-harapnya aku berjaya menjadi guru pemulihan yang terbaik untuk anak bangsaku. Masa belajar dulu Pensyarahku Puan Hazina pernah berkata guru yang paling hebat ialah guru pemulihan kerana guru pemulihan kerana merekalah yang paling banyak diuji murid, bukan senang berdepan dengan murid pemulihan..perlukan kesabaran dan kekuatan luarbiasa..jadi berbanggalah anda sebagai guru pemulihan kerana anda adalah insan yang terpilih..andalah sebenar-benarnya cikgu..