Saturday 19 February 2011

Kelas Pemulihan Khas SKPA 2

Salam perkenalan semua..baru berjinak dengan dunia blogger ini sebenarnya.Dulu pernah ada blog yang lebih bersifat peribadi. Malangnya dihambat kesuntukan masa dan pelbagai kekangan lain blog lama jarang diupdate.

Untuk makluman blog ini adalah luahan dan diari hidup saya bermula saya dipertanggungjawabkan sebagai Guru pemulihan Khas (GPK) di SK Puncak Alam  (2) Kuala Selangor. Saya meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh mentor saya Puan Marwiyah Mohd Nor. Beliau kini bertugas di Sk Puncak Alam 3 mulai januari 2011. Terima kasih yang tidak terhingga diatas jasa dan budi. Saya banyak belajar dari beliau teknik pengajaran pemulihan yang berkesan.Sejujurnya saya masih baru dalam dunia pendidikan.Masih terlalu hijau apatah lagi apabila memegang jawatan GPK adalah satu tanggungjawab yang berat.

Dari segi pengurusan kelas, pengurusan fail, kiosk-kiosk utama yang perlu dwujudkan, uissh sungguh banyak kerjayanya. Tetapi sudah menjadi pegangan diri saya PANTANG MENYERAH SEBELUM BERJUANG..apabila sudah diberi amanah dan kepercayaan..insyaallah saya tidak akan persiakan. Pemulihan Khas merupakan opsyen saya semasa menjalani Kursus perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) 2009 lalu di IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor. Kursus setahun itu terlalu pendek dan saya sendiri ketika menduduki exam akhir masih samar-samar. Kalau diikutkan belajar banyak subjek bukan semata ilmu pemulihan khas semata tetapi mencakupi agama, bahasa inggeris, PJ, tamadun islam dan banyak lagi, latihan amali cuma 3 bulan.Tetapi semua ini bukan alasan untuk tidak menjadikan diri kita yang terbaik. Kursus KPLI ke kursus DPLI ke Sarjana Muda Pendidikan ke semua tidak ada beza yang penting nawaitu kita sebagai guru. Kita nak jadi guru yang bagaimana itulah yang kita akan jadi.

       Syukur setelah setahun di SKPA 2 hati ni dah mula serasi dengan persekitaran dengan anak didikku. memang banyak duri tetapi alah bisa tegal biasa. Bergelut dengan anak2 yang masih kecil masih diawal persekolahan menjadikan  ishh kurang sabar dibuatnya. Lebih2 lg dengan pelbagai jawatan yang disandang tahun ni. Memang berpinarlah juga.Tetapi aku akan anggap semua ini sebagai cabaran..inilah yang menjadikan kita lebih berpengalaman dari orang lain. Terus terang aku tidak  pernah melobi sesiapa untuk memastikan aku bertahan disekolah ini. Tetapi aku sekali-kali tidak akan berpindah atau memohon untuk berpindah..kecuali atas arahan jabatan dan perkhidmatan.ataupun aku ditukarkan itu aku akan akur.

      Nampaknya dah melalut ke hal2 privasi la pulak..okeylah malam makin larut..sebenarnya blog ni adalah ruang untuk aku berkongsi suka duka sebagai guru pemulihan.Aku sendiri masih dalam proses belajar. harap-harapnya aku berjaya menjadi guru pemulihan yang terbaik untuk anak bangsaku. Masa belajar dulu Pensyarahku Puan Hazina pernah berkata guru yang paling hebat ialah guru pemulihan kerana guru pemulihan kerana merekalah yang paling banyak diuji murid, bukan senang berdepan dengan murid pemulihan..perlukan kesabaran dan kekuatan luarbiasa..jadi berbanggalah anda sebagai guru pemulihan kerana anda adalah insan yang terpilih..andalah sebenar-benarnya cikgu..

No comments:

Post a Comment