Saturday 19 February 2011

Menulis terbalik 6 jadi 9 ..b tukar dengan d

Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun iaberkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak yang lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Bagaimana kanak2 mengamati?

Kanak2 menggunakan sebelah mata utk melihat selepas dilahirkan. Beberapa minggu kemudian barulah dia melihat menggunakan kedua belah mata, Pada usia dua bulan barulah bayi boleh fokus kpd objek dihadapan.Jika kita bergerak atau objek yang berwarna bergerak, maka pandangannya juga akan mengikut gerakan objek itu.Tetapi masa ini dia tidak faham dan tidak dapat tafsir apakah yang dilihatnya.

Lima bulan barulah dia sedar ttg keadaan benda yang dilihatnya. dia fahm benda itu boleh dipegang, warna, saiz corak semua berbeza.
Kebykn kanak2 kanak2 keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi.inilah perlunya kekautan pengamatan.

Ciri-ciri kanak2 bermasalah pengamatan
i-lambat mengkelaskan sesuatu benda mengikut jenis cth ikan lembu ayam-kumpulan haiwan
ii-kesukaran utk mengaitkan perkara yang diketahui kpd situasi baru
   cth jika belajar sudah belajar tentang huruf vokal dan bunyi a.e i ou..tetapi masih gagal jika ditanya ikan bermula dengan huruf apa...
iii-cepat lupa..memenag daya ingatan sgt lemah hanya boleh belajar sedikit shj perkara dlm satu hari..cth ab c d ulang sehingga satu hingga dua minggu
iv-cenderung terburu-buru-buat keputusan tanpa berfikir contoh bila disuruh eja buku digabung jadi kuku
   sesuka hati dia je nak gabung
v-lemah koordinasi mata tangan
   bila menyalin lambat kdgkala lain yang ditulis
iv-tidak boleh buat keputusan secara am

semua ini disebabkan dua Faktor utama
i-faktor internal
  a)minat dan kecenderungan sertaa perhatian kanak-kanak
  b)Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi kanak-kanak
  c) Kerosakan pendengaran dan penglihatan

ii-faktor Externel
  a) kurang pendedahan
  b) Kurang rangsangan

Di kelas potensi sinar daripada 15 murid pemulihan 8 darinya mengalami masalah pengamatan. mereka inilah yang dikatakan mengalami masalah disleksia tahap ringan.Menulis dan menyalin sekalipun soalan sahaja agak lambat.  Bgaimanapun saya yakin anak-anak ini hatinya amat terang dalam menerima ilmu.lambat dapat sebenarnya bukan kelemahan mereka tetapi adalah kekurangan fizikal dan mental..Semuga Tuhan terus berikan daku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk membimbing anak-anak ini..Insyaallah..

No comments:

Post a Comment